TENTANG KAMI
PENGENALAN
ARIE AUTO SERVICE adalah sebuah syarikat Pusat Servis Kenderaan yang bertapak di IKS Duyong, Melaka.Telah beroperasi lebih dari 5 tahun dalam dunia automotif.Kami menawarkan perkhidmatan servis dan baikpulih kenderaan dengan jaminan Servis Berkualiti.
Pasukan mekanik profesional kami bersedia untuk memastikan kenderaan anda sentiasa dalam keadaan terbaik dengan menggunakan teknologi terkini dan alat ganti yang berkualiti.
Komited terhadap kepuasan pelanggan , kami menyediakan perkhidmatan servis kenderaan terbaik dengan harga yang berpatutan.
LATAR BELAKANG
Merupakan sebuah syarikat Bumiputera Melayu sepenuhnya yang berdaftar di bawah Akta 1956 yang mula beroperasi pada tahun 2018. Mempunyai visi dan misi untuk menjadi bengkel automotif yang maju dan berdaya saing dengan pengusaha-pengusaha bengkel yang lain di seluruh negara. Demi membangunkan syarikat Arie Auto Service , kami turut menyertai Workshop Transformation Programme yang dianjurkan oleh Malaysia Automotive Robotics and Iot Institute (MARii). Program ini membantu usahawan Bumiputera untuk berkembang maju serta pengetahuan dalam bidang pengurusan yang lebih sistematik dan teratur dalam meningkatkan lagi kualiti kerja sebelum dan selepas jualan.
ARIE AUTO SERVICE dikendalikan oleh seorang yang sangat berpengalaman dalam industri dan bidang automotif. Beliau ialah pengurus syarikat ARIE AUTO SERVIS, Encik HAIZAHRY BIN NORDIN. Dengan berbekalkan pengalaman dan pengetahuan yang luas dalam dunia automotif lebih dari 20 tahun, beliau akhirnya berjaya untuk mengorak langkah dengan membuka premis yang pertama pada tahun 2018 di Industri Kecil Sederhana (IKS) Duyong, Melaka.
Pada awalnya, ARIE AUTO SERVICE mula beroperasi secara kecil-kecilan yang diurus sepenuhnya oleh sepasang suami isteri dan juga dua orang mekanik mahir. Cabaran dan rintangan yang ada seperti ruang kerja yang sempit , peralatan yang terhad, menyebabkan kerja-kerja baikpulih sukar untuk dijalankan. Namun begitu, dengan kualiti dan hasil kerja yang baik serta permintaan yang tinggi, ARIE AUTO SERVICE berjaya berkembang maju dengan membuka premis yang baru pada tahun 2021. Dengan kelengkapan yang ada, kemudahan yang cukup serta ruang yang lebih luas, Arie Auto Service berjaya melangkah kehadapan dan berkembang maju dengan jayanya hingga ke hari ini.
Perkhidmatan istimewa syarikat ARIE AUTO SERVICE , khidmat nasihat dan garis panduan tentang penjagaan kenderaan juga turut disediakan kepada pelanggan dengan penerangan yang mendalam serta terperinci tentang kerosakan-kerosakan yang diusulkan secara PERCUMA. Kami juga turut menyediakan servis "PICKUP & DELIVERY" di mana pelanggan tidak perlu datang ke bengkel sebaliknya wakil dari kami akan mengambil kenderaan pelanggan sama ada di rumah atau di tempat kerja. Selain itu, kami juga menyediakan khidmat "KERETA GANTIAN" sementara kenderaan dibaikpulih di bengkel.

MISI
- Menyediakan perkhidmatan berkualiti untuk memenuhi kehendak pelanggan
- Komited terhadap kecekapan dan kualiti barangan yang digunakan
- Menghasilkan pekerja yang bertanggungjawab dan berdedikasi
- Beri nasihat serta panduan kepada pelanggan tentang penjagaan kenderaan secara optimum
- Meluaskan perkhidmatan serta mencipta peluang pekerjaan untuk belia negara
VISI
Komited untuk menjadi Pusat Servis Kenderaan Bumiputera yang terkenal dengan
- TENAGA MAHIR
- ALAT GANTI BERKUALITI
- KUALITI SERVIS YANG PROFESIONAL
- LENGKAP DENGAN PERALATAN MODEN